1
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi
majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta
rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah
Arnab Dengan Buaya.
Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor
daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih
melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan
binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab
ini.
Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu
menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di
dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya.
Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu
berjalan sendirian. Pada suatu
hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang
berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya
itu.
“Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah
pasti aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu kepada arnab. Arnab
berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.“Bagaimana
engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa
bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, “Engkau mesti banyak
makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.”Kemudian, buaya pun mengangakan
mulutnya. “Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang
rosak,” kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya
lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya
terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang
mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah kawan-kawan
berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
2 Terima kasih
dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita
yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya. Di dalam sebuah kampung, tinggal
seorang penebang kayu yang miskin . Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa
yang telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu
bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan membiarkannya tinggal di
situ.
“Bagaimana nanti kalau jiran –tetangga kita menanya tentang
ayah?” tanya isteri penebang kayu.
“Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk
menghabiskan sisa-sisa hidupnya,” kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan
isterinya tidak sedar bahawa percakapan mereka telah didengari oleh anak
mereka.
Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk
membeli sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu
pun memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut. “Apa yang kamu cuba lakukan?” tanya
bapanya.
“Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin
dan sentiasa sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di sana,
ayah akan dijaga dengan baik,” kata penebang kayu itu sambil memikul bakul
tersebut. Orang tua itu berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu
itu pun memikul ayahnya berjalan kearah hutan.
Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan,
anak penebang kayu itu menjerit, “ Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu
semula!”
“Mengapa?” tanya penebang kayu itu kehairanan.
“Ayah,” kata anak penebang kayu itu dengan lembut, “Apabila
ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.”
Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak.
Dia tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata kepada
anaknya. “Marilah kita pulang ke rumah.”
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali
ini. Sekian, terima kasih.
3
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Puteri
Sulung Dan Puteri Bongsu.
Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri
kembar yang amat cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik dikatakan berdarah
putih dan amat disayangi oleh raja.
Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai
kepengetahuan Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar rombongan untuk meminang
Puteri Bongsu. Raja Ambun menjadi serba salah. Kalau pinangan itu ditolak,
tentu akan berlaku peperangan. Tetapi, kalau pinangan itu diterima, baginda
akan dukacita sepanjang hayat kerana baginda amat kasih kepada Puteri Bongsu.
Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu dengan
Puteri Sulung. “Rancangan ini tentu berjaya,” kata seorang pembesar. “Raja
Tinggi tidak pernah melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri Sulung mengaku
yang dia bernama Puteri Bongsu,” Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun di
terima.
Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang
disangkanya Puteri Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri Sulung telah
terluka akibat terkena pisau. Luka itu berdarah dan darahnya berwarna merah.
Raja Tinggi berasa terkejut kerana darah itu tidak berwarna putih.
“Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya?”
tanya Raja Tinggi sambil menghunus kerisnya. Puteri Sulung menggeletar. “
Adinda ialah kakak kepada Puteri Bongsu,”
Raja Tinggi amat murka. “Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita akan
serang negeri Ambun,” kata Raja Tinggi dengan garangnya. Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar
tentera untuk menundukkan negeri Ambun.Demikianlah kawan-kawan berakhirnya
cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
4Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi
majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta
rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah
Ampai-ampai Dan Puteri Laut.
Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat
setia kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh
raja untuk menjaga puteri baginda yang sangat cantik.
Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi
pantai bersama beberapa orang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar yang
dimiliki oleh seorang putera raja yang kacak telah berlabuh di tepi pantai itu.
Putera raja terpesona melihat kecantikan puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun
demikian juga apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak
itu. Putera raja telah memujuk
puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya yang sedang berlabuh itu. Setelah
memberi isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal putera
raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan layar dan segera belayar meninggalkan pantai
itu. Pada waktu itu, Ampai-ampai
baru tersedar. Dia berlari menuju ke pantai tetapi kapal itu sudah pun meninggalkan pantai. Ampai-ampai pun pulang
ke istana lalu menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut.
Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu
lalu memukul tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur tulangnya. Setelah itu
Raja Laut menbuangkan Ampai-ampai ke tepi laut.
“Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang
kepada beta,” titah baginda.
Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya
tersangkut pada ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya
Ampai-ampai tidak bertulang hingga sekarang ini dan sepanjang masa tersidai
pada ranting-ranting kayu di gigi air. Kononnya, dia akan menunggu di tempat
begitu sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di situ dan pulang kepada
ayahandanya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.
5
Terima kasih dan
salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita
yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Perempuan Muda Yang Berani.
Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja
Tua. Baginda telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang besar. Setelah
perahu itu siap, baginda pun telah mengadakan upacara untuk melancarkan perahu
itu ke laut. Rakyat negeri itu telah dikerahkan untuk menolak perahu ke laut
tetapi anehnya perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari tempatnya. Raja Tua
sangat hairan lalu memanggil anak angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam
ilmu.
Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan. Setelah
jampi dibaca dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun berkata “ Perahu ini tidak
akan dapat diturunkan jika tidak digalang dengan tubuh manusia. Tetapi yang
menjadi galangan itu mestilah anak atau saudara tuanku. Orang lain tidak
boleh!” Mendengar kata-kata Balun
itu, semua orang menjadi gempar. Tidak ada seorang pun anak kerabat raja yang
hendak mengorbankan nyawanya untuk pelancaran perahu tersebut. Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang
perempuan muda yang sedang mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak
saudara kepada Raja Tua. Perempuan muda itu berbaring di atas tilam dan bantal
yang dibentangkan di haluan perahu. Semua rakyat dan kerabat diraja menangis
melihatkan perempuan muda yang begitu berani mengorbankan nyawanya demi
kepentingan Raja Tua.
Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh batang
lidi dan rapat ke perahu itu. Setelah membaca jampi, perahu itu pun ditolak ke
laut. Sekali lagi telah berlaku keanehan. Dengan mudah, perahu itu dapat
ditolak ke dalam air.
Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua
berlari-lari mendapatkan anak saudaranya dan mendapati anak saudaranya itu
tidak mendapat apa-apa kecederaan. Oleh kerana keberaniannya, Raja Tua telah
menurunkan semua harta pusaka kepada anak saudara perempuannya itu.Demikianlah
kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
6
Terima kasih
dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita
yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.
Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan
kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka
kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa.
Masing-masing membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh
baginda.
Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu,
timbullah rasa tamak di hati harimau. “Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih
murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku
mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah
aku akan lebih kuat daripada Singa.”
Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap
Maharaja Singa.
“Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur Singa. “Apakah
kehendak engkau?” Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu.
Hatinya berdebar-debar.
“Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” kata Harimau
tergagap-gagap.
“Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras. “Tujuh hari sekali!” jelas Harimauu
terketar-ketar.
“Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan
kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru
sekali,” kata Singa.
Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia
hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari
sekali. “ Tuanku…Patik…Patik…”
“Sudah!” potong Maharaja Singa. “Tiap-tiap binatang hanya
boleh mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun
beta kabulkan.
Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari
sekali. Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima
kasih.
Data pribadi
ReplyDeletenegara Indonesia
Nama: Arif Hidayat
Alamat: Jl.ds.lamangkona tawaeli
Sudah dua tahun sekarang saya telah memberikan kesaksian tentang bagaimana saya meminjam Rp30 juta dari AVANT Loan Company dan beberapa orang meragukan saya karena tingkat penipuan online. AVANT Loan telah memberi saya satu hal lagi untuk tersenyum karena setelah menyelesaikan angsuran pinjaman bulanan yang saya pinjam sebelumnya, saya memohon kepada Ibu Deborah bahwa saya ingin pergi untuk ekspansi bisnis lebih lanjut sehingga saya menyerahkan tambahan Rp250 juta setelah melalui proses hukum saya. pinjaman disetujui oleh manajemen mereka dan saya menerima pinjaman saya dalam waktu kurang dari 2 jam di rekening bank BCA saya. Saya tidak memiliki tantangan dengan bank karena Bu Deborah dan tim manajemen pinjaman terbatas Avant telah dianggap sebagai pemberi pinjaman yang sah baik di Amerika Serikat, MALAYSIA dan INDONESIA, sehingga tidak ada masalah sama sekali.
Untuk pinjaman apa pun, saya sangat merekomendasikan Avant Loans Limited hari ini dan selalu
e_mail: [avantloanson@gmail.com]
WhatsApp: +6281334785906
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.