Sunday, February 24, 2019

karangan tahun 4 sjkc - murid cemerlang

Tajuk Karangan : << Murid Cemerlang >>

Kerangka Karangan (halus)

Pendahuluan - ciri-ciri murid cemerlang

Isi pertama    - belajar dengan tekun

isi kedua       - rajin bertanya guru

isi ketiga       - mengulang kaji

isi keempat   - belajar berkumpulan

Penutup        - kesimpulan


Kerangka Karangan 

Pendahuluan - ciri-ciri murid cemerlang

Isi pertama          - cemerlang akademik - pencapaian cemerlang dalam peperiksaaan

isi kedua             -  cemerlang kokurikulum - penglibatan, perkhidmatan / sumbangan, kepimpinan

isi ketiga             -  cemerlang disiplin - patuh peraturan, tepat masa, tugas selesai

isi keempat         -  cemerlang sahsiah - sopan santun, boleh dipercayai, bertanggungjawab

Penutup         - kesimpulan


Thursday, February 21, 2019

Bahasa Melayu - Contoh kertas Satu Bahagian A soalan 1 - 20


BAHAGIAN A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1        
“Sebentar lagi _______________ akan berangkat ke balairung seri untuk majlis    bersama rakyat,” titah Sultan Alauddin Shah kepada laksamana.

A
patik

B
tuanku

C
hamba

D
beta

2       
Dua orang pencuri itu diberkas oleh polis kerana ________________telah meragut beg tangan  seorang wanita.

A
dia

B
beliau

C
mereka

D
baginda

3
Ammar dan abangnya hendak _____________ restoran bersama keluarga mereka ________________meraikan ulang tahun kelahiran ibu mereka. 

A
di ... demi

B
ke ... demi

C
di ... untuk

D
ke ... untuk

           


4
Khairi _______________ menunggu kawannya di perhentian teksi itu pada minggu lepas sambil  memerhatikan keadaan sekeliling.

A
sedang

B
mungkin

C
pernah

D
akan


Soalan 5  berdasarkan gambar di bawah.

                                                           







5
Adnan _______________ melalui tingkap rumah kerana terdengar suara orang memanggilnya.

A
menoleh

B
mengintip

C
mengintai

D
menjenguk

6
Wanita yang anggun itu memakai baju kurung moden dengan potongan ______________ di sebelah kiri.


A
serong

B
sendeng

C
condong

D
bengkok
7
Tali itu ditarik sehingga _____________ dan diikat pada sebatang pokok kelapa.

A
tegang

B
kejur

C
kaku

D
kejang

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.






8
Mak Limah telah meletakkan se______________ kacip dan se________________
tepak sirih di atas meja.

A
batang ... buah

B
bilah ... buah

C
berkas ... biji

D
bentuk ... biji

9
Sugumaran menyimpan baki ______________ yang diberikan oleh ibunya ke dalam tabung.

A
wang pendahuluan

B
wang hantaran

C
wang muka

D
wang saku

10
Pada hari ______________, kami sering menziarahi datuk dan nenek di kampung.


A
melepaskan

B
kelepasan

C
pelepasan

D
perlepasan

11
Jasa ________________ yang memperjuangkan tanah air wajar disanjung dan  dihargai.

A
olahragawan

B
cendiakawan

C
negarawan

D
ilmuwan

Pak Mail mengusahakan perusahaan kerepek dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.
 




12
Simpulan bahasa yang sesuai bagi pernyataan di atas ialah _________________ .



A
mandi peluh


B
titik peluh


C
putih mata


D
putih tulang






Selendang suri corak beragi,
            Manik menghiasi cantik sulamnya;
Guru bestari beriltizam tinggi,
            Penuh dedikasi melaksanakan tugasnya .TTTtugasnya.
 





13
Perkataan seerti bagi dedikasi  ialah _____________ .

A
ketekunan

B
keprihatinan

C
bekerjasama

D
kerajinan

  Pilih ayat yang betul.
14
  I    Banyak kanak-kanak yang bermain di taman rekreasi bersama-sama  
       keluarga.
 II    Sesetengah penonton berbaris untuk membeli tiket di Stadium Bukit Jalil.
III    Hanya murid Tahun Enam Mawar sahaja yang perlu berkumpul di kantin.
IV    Tolong jangan bising semasa guru tiada di dalam bilik darjah.

A
I  dan II

B
II dan III

C
II dan IV

D
III dan IV













Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

15
I       Gasing berputar dengan kencang apabila dilemparkan ke tanah.
II      Tendangannya yang kencang telah menyebabkan bola itu keluar  
        padang.
III     Angin yang kencang menyebabkan beberapa batang pokok telah  
        tumbang.
IV     Kita tidak digalakkan bercakap kencang dengan kedua ibu bapa.

A
I dan II

B
II dan III

C
II dan IV

D
III dan IV

Pilih jawapan yang betul.
16
Siapakah yang akan mewakili Bulan Sabit Merah Malaysia dalam mesyuarat itu nanti?

A
Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan ditangguhkan.

B
Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan diwakili oleh Encik Wong.

C
Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan diadakan pada hari Khamis.

D
Mesyuarat  Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan dipengerusikan Encik Wong.



Soalan  17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
Alam sekitar ialah alam di sekeliling kita seperti sungai, tumbuh-tumbuhan dan bukit-bukau. Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.

          Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita. Alam sekitar yang terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita. Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal. Selain itu, alam sekitar yang tidak  tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.

       Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana  menjadi unsur penting dalam keseimbangan alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluarkan gas oksigen. Gas oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk pernafasan. Haiwan juga memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan sumber makanan.

          Selain itu, bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara. Hutan tebal yang menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan. Kawasan hutan menjadi habitat pelbagai jenis haiwan seperti harimau, singa dan gajah. Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

       Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu dipelihara. Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita. Lautan yang terbentang luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan. Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.

       Sesungguhnya, kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang.

17
Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana

A
menjadikan tempat tinggal haiwan.

B
membantu mengekalkan keseimbangan alam.

C
menjadikan jiwa lebih tenang dan damai.

D
meningkatkan kunjungan pelancong.

18
Mengapakah gas oksigen sangat penting kepada manusia?

A
Merupakan sumber makanan

B
Membantu keseimbangan alam

C
Memudahkan proses pembiakan

D
Membantu sistem pernafasan

19
Terdapat pelbagai kepentingan sungai dan lautan kecuali


A
merupakan hasil tangkapan para nelayan.

B
membantu sistem pembiakan kehidupan laut.

C
memajukan aktiviti pembalakan dan pertanian.

D
merupakan sumber bekalan air kepada manusia.

20
Rangkai kata menjadi habitat dalam petikan bermaksud


A
tempat tinggal.

B
tempat menginap.

C
tempat beristirahat.

D
tempat persinggahan.



Karangan