Wednesday, March 11, 2020

Kata Perintah


Kata Perintah
1)      Digunakan supaya seseorang mematuhi sesuatu perintah, arahan, larangan, silaan dan permintaan
2)      Digunakan untuk membentuk ayat perintah
3)      Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya

Kata Perintah
Maksud
Ayat Contoh
Sila
Jemput

silaan
1.   Silalah masuk ke dalam rumah.
2.   Jemputlah menikmati hidangan ini.
Jangan
Usah

larangan
1.   Jangan bising di dalam perpustakaan.
2.   Usah bermain di tepi lombong itu.
Harap
Minta
Tolong

permintaan
1.   Harap murid-murid bertenang.
2.   Minta perhatian saudara dan saudari sekalian.
3.   Tolong hantar latihan ini pada hari Isnin.

Kata Perintah
Ayat Contoh
Harap
Harap anda mematuhi peraturan di jalan raya
Jangan
Jangan meludah di sini
Jemput
Jemput makan kuih ini
Sila
Sila hantar kerja rumah ini esok
Tolong
Tolong ambil penyapu kepada saya
Usah
Usah¸kamu berlakon dihadapan saya
Minta
Minta tolong sekejap



No comments:

Post a Comment

Karangan