Wednesday, December 18, 2024
Thursday, December 12, 2024
Sunday, December 8, 2024
Thursday, December 5, 2024
Karangan
Bahagian C
Pada pendapat saya, terdapat banyak cara-cara untuk memelihara alam sekitar. cara yang pertama ialah kitar semula. Kitar semula ialah proses penggunaan semula bahan yang berpotensi. Contoh bahan yang boleh dikitar semula ialah plastic, kaca, kertas dan lain-lain.cara yang kedua ialah jimat air dan elektrik. Cara pelaksanaannya adalah mengurangkan pembaziran sumber alam semula jadi. Dengan itu, pencemaran alam dapat dikurangkan.
Bahagian D
Di sekolah saya terdapat sebuah perpustakaan yang berhawa dingin dan beroperasi setiap hari.
Terdapat pelbagai bahan bacaan di perpustakaan.Bahan bacaan tersebut termasuklah buku cerita,buku rujukan,majalah dan sebagainya.Semua bahan bacaan tersusun rapi di atas rak dan di dalam almari.
Pada waktu rehat,murid-murid berkunjung ke perpustakaan untuk meminjam dan memulangkan buku. Ada juga murid yang membuat rujukan,membaca dan mengulang kaji pelajaran di sana.
Semasa berada di perpustakaan,kita mesti mematuhi peraturan perpustakaan.Kita patut senyap supaya tidak mengganggu murid-murid lain.Sesiapa yang lewat memulangkan buku akan didenda. Kita juga patut menjaga kebersihan dan menghargai buku di perpustakaan.
Pustakawan yang bertugas membantu guru menyusun,membalut dan merekod buku-buku baru.Semua urusan perpustakaan dilaksanakan dengan komputer.
Saya sentiasa berkunjung ke perpustakaan untuk membaca.Membaca menambahkan ilmu pengetahuan saya agar tidak menjadi katak di bawah tempurung.
20, Jalan Bahagia,
Taman Cahaya Biru,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
18 April 2012.
Ke hadapan sahabatku, Kean Hong yang berada di Bayan Baru, Pulau Pinang. Apa khabar saudara? Diharapkan saudara sekeluarga sihat. Saya di sini seperti biasa.
Saudara,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk bercerita tentang perpustakaan sekolah saya. Di sekolah saya terdapat sebuah perpustakaan yang berhawa dingin dan beroperasi setiap hari.
Terdapat pelbagai bahan bacaan di perpustakaan.Bahan bacaan tersebut termasuklah buku cerita,buku rujukan,majalah dan sebagainya.Semua bahan bacaan tersusun rapi di atas rak dan di dalam almari.
Pada waktu rehat,murid-murid berkunjung ke perpustakaan untuk meminjam dan memulangkan buku. Ada juga murid yang membuat rujukan,membaca dan mengulang kaji pelajaran di sana.
Semasa berada di perpustakaan,kita mesti mematuhi peraturan perpustakaan.Kita patut senyap supaya tidak mengganggu murid-murid lain.Sesiapa yang lewat memulangkan buku akan didenda. Kita juga patut menjaga kebersihan dan menghargai buku di perpustakaan.
Pustakawan yang bertugas membantu guru menyusun,membalut dan merekod buku-buku baru.Semua urusan perpustakaan dilaksanakan dengan komputer.
Saya sentiasa berkunjung ke perpustakaan untuk membaca.Membaca menambahkan ilmu pengetahuan saya agar tidak menjadi katak di bawah tempurung.
Bagaimana pula dengan perpusatakaan sekolah saudara? Minta kongsikan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan perpustakaan sekolah saudara.
Sampai di sini dahulu surat saya pada kali ini. Saya berharap agar saudara tidak keberatan untuk membalas surat ini. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan.
Yang benar,
Jian Ming

-
Adik Saya Adik saya adalah seorang lelaki . Nama adik saya Lee Siang Sheng. Dia berumur tujuh tahun. Dia bersekolah di SJK(C) Jelutong. ...