Sunday, February 10, 2019

Kata Ganti Nama

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.

Ganti nama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1.       Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2.       Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk
contoh kata nama diri pertama
tunggal
beta, patik, aku, saya
jamak
kita, kami, kita orang

Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk
contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak
kalian
Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan 
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.

Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk
Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal
ia, dia, beliau, baginda
jamak
mereka
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya 
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.
Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda
Orang
Tempat
Masa
Hal
Bilangan
apakah
siapakah
manakah
bilakah
bagaimanakah
kenapakah
mengapakah
berapakah
Kata Ganti Nama
Penggunaannya
apa
digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa
digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana
digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat
Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?

Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Tempat
Penggunaannya
sana
digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
sini
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
yang bercakap
situ
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh sana
Benda, orang, Binatang
ini, itu
Tempat
sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan
begini, begitu, demikian
contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a)  subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i.    Ini komputer.
ii.   Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.

Kata Ganti tak tentu.
1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Ayat-ayat contoh
apa-apa
1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.
Siapa-siapa
1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana
1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
Kata Ganti Tak Tentu
sapa-sapa
mana-mana, masing-masing,
seseorang,dan sesuatu
siapa-siapa atau sesiapa
Penggunaannya
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu

Penanda Wacana

Penanda Wacana

PENANDA WACANA yang
i. Penanda permulaan karangan
a. Pada era globalisasi ini,
b. Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c. Dalam meniti arus kemodenan ini,
d. Dewasa ini,
e. Pada masa ini,
f. Kini,
g. Dasawarsa ini,
h. Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i. Sejak sedekad yang lalu,
j. Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k. Kebelakangan ini,
l. Balakangan ini,
m. Sejak akhir-akhir ini,

ii. Penanda memulakan isi baharu
a. Selain itu,
b. Di samping itu,
c. Sementara itu,
d. Lebih-lebih lagi,
e. Dalam pada itu,
f. Lain daripada itu,
g. Pada waktu yang sama,
h. Dalam pada itu,
i. Seterusnya,

iii. Penanda huraian isi karangan
a. Hal ini demikian kerana
b. Hal ini berlaku kerana
c. Hal ini terjadi kerana
d. Hal ini disebabkan oleh
e. Hal ini wujud akibat daripada
f. Hal ini bersangkut-paut dengan
g. Hal ini berpunca daripada
h. Hal ini tercetus apabila

v. Penanda menghuraikan contoh
a. Hal ini mengakibatkan
b. Hal ini menyebabkan
c. Oleh itu,
d. Maka,
e. Oleh hal yang demikian,
f. Oleh sebab itu,
g. Jelaslah bahawa
h. Justifikasinya,

iv. Penanda memberi contoh dalam karangan
a. Misalnya,
b. Contohnya,
c. Sebagai contoh,
d. Tamsilnya,
e. Sebagaimana yang kita sedia maklum
f. Antaranya adalah seperti

vi. Penanda menutup isi
a. Kesannya,
b. Natijahnya,
c. Akibatnya,
d. Akhirnya,
e. Dengan itu,
f. Dengan berbuat demikian
g. Dengan keadaan sedemikian,

vii. Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh :
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat
ini memang memeningkan kepala (huraian 1)_(x)_
membimbangkan semua pihak. (huraian 2 )
a. justeru
b. malah
c. malahan
d. tambahan pula
e. sementelahan
f. sekali gus
g. di samping

viii. Penanda memulakan
perenggan penutup
a. Kesimpulannya,
b. Intihanya,
c. Secara tuntas,
d. Konklusinya,
e. Sebagai penutup wacana,
f. Sebagai penghias bicara akhir,
g. Sebelum mengakhiri wacana ini,
h. Secara keseluruhan,
i. Secara total,

ix. Penanda menerangkan huraian
atau pendapat yang berbeza
a. Walau bagaimanapun,
b. Walakin itu,
c. Namun demikian,
d. Daripada perspektif yang berbeza,
e. Jika dilihat dari sudut lain,
f. Dengan kata lain,
g. Kontradiksinya,
h. Di sebalik itu,
i. Dalam pada itu,
j. Dari sudut lain,

x. Penanda memulakan atau
memasukkan peribahasa
a.Bak kata peribahasa,...
b.Bak kata peribahasa Melayu,...
c.Bak kata orang tua-tua,...
d.Bak kata mutiara,...
e.Bak Peribahasa,...
f.Bak kata cendekiawan,...
g.Persis kata peribahasa,...
h.Persis kata peribahasa Melayu,...
i.Persis kata orang tua-tua,...
j.Persis kata mutiara...
k.Persis peribahasa,...

Thursday, January 31, 2019

五年级全年教学计划

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 SJK (C)
Minggu
Tema / Tajuk

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Tema 1
Ziarahi Keluarga

Unit 1
Hubungan yang Erat

1.2

2.2

3.2

4.2

Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan betul dan kemas.

Mengujarkan   bahasa  yang  indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur.
1.2.6

2.2.1

3.2.6

4.2.1

Mendengar, memahami, dan menyebut ayat yang pelbagai jenis dengan struktur yang betul dan tepat.

Membaca dan memahami perkataan berimbuhan apitan dalam ayat daripada sesuatu bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

Menulis ayat dalam petikan secara mekanis dengan betul
dan kemas.

Mengujarkan cerita yang mengandungi bandingan semacam dengan menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul, serta bahasa badan yang sesuai melalui penceritaan yang dipersembahkan.

Tema 1
Ziarahi Keluarga

Unit 2
Kunjungan Mesra

1.3

2.3

3.2

5.1
Mendengar, memahami dan memberi  respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan betul dan kemas.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.3.1

2.3.1

3.2.7

5.1.1
Mendengar, memahami, dan memberikan respons secara
lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat
perintah dengan betul.

Membaca kuat pelbagai bahan yang  mengandungi
pelbagai jenis ayat yang mempunyai sebutan ”e” pepet
dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi  yang betul.

Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk  secara mekani
dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas.

Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup
institusi dengan betul mengikut konteks.

Tema 1
Ziarahi Keluarga

Unit 3
Ikatan Kasih Keluarga
1.3

2.3

3.3

5.1
Mendengar, memahami dan memberi  respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.3.2

2.3.2

3.3.3

5.1.2

Mendengar, memahami  dan    memberikan respons yang
sesuai secara lisan terhadap soalan tanpa kata anya
dengan betul.

Membaca  kuat pelbagai bahan  yang mengandungin
pelbagai jenis  ayat yang mempunyai sebutan ”e” taling
dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan
soalan yang bertumpu dan bercapah dengan betul.

Memahami dan menggunakan kata nama khas tak hidup dengan betul mengikut konteks.

Tema 2
Sepakat Membawa Berkat

Unit 4
Amalan Sepakat
2.4

1.3

3.3

4.1

5.1

Membaca dan memahami  maklumat  yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai  bahan untuk memberi respons dengan betul.

Mendengar, memahami dan memberi  respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
2.4.1

1.3.3

3.3.4

4.1.2

5.1.3
Membaca dan memahami maklumat   daripada bahan
naratif untuk membuat ramalan yang wajar.

Mendengar, memahami dan  memberikan  respons dengan menyampaikan  pesanan mengikut  urutan yang betul.

Membina kerangka karangan berdasarkan bahan grafik dengan betul.

Menyatakan perasaan berdasarkan melodi dan lirik lagu dalam nyanyian yang dipersembahkan.

Memahami dan menggunakan kata  ganti  nama diri dan
kata ganti nama tunjuk dengan betul dalam pelbagai
konteks.

Tema 2
Sepakat Membawa Berkat

Unit 5
Bulat Kata kerana Muafakat
1.4

2.4

3.4

5.1
Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Membaca dan memahami  maklumat  yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai  bahan untuk memberi respons dengan betul.

Menulis imlak dengan tepat.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.4.1

2.4.2

3.4.1

5.1.4
Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber  dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang gramatis  dalam sesuatu situasi secara bertatasusila.

Membaca dan  memahami maklumat yang tersurat
daripada  pelbagai  bahan yang sesuai untuk menjanakan
idea dengan betul.

Menulis perkataan yang mengandungi imbuhan apitan
dengan ejaan yang tepat secara imlak.

Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dengan
betul mengikut konteks.

Tema 2
Sepakat Membawa Berkat

Unit 6
Bersatu Pasti Berjaya
1.4

2.4

3.4

4.2

5.1
Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Membaca dan memahami  maklumat  yang tersurat dan
tersirat daripada pelbagai  bahan untuk memberi respons dengan betul.

Menulis imlak dengan tepat.

Mengujarkan   bahasa  yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif  semasa bercerita secara didik hibur.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.4.2

2.4.3

3.4.2

4.2.1

5.1.5
Berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kata panggilan hormat yang sesuai berdasarkan sesuatu situasi secara bertatasusila.

tersirat dengan tepat daripada pelbagai bahan yang sesuai
untuk membuat penilaian dengan betul.

Menulis ayat yang mengandungi imbuhan apitan dengan
ejaan dan tanda baca yang tepat secara imlak.

Mengujarkan cerita yang mengandungi bandingan
semacam dengan menggunakan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul, serta bahasa badan yang sesuai
melalui penceritaan yang dipersembahkan.

Memahami dan menggunakan kata adjektif sifatan dan
perasaan dengan betul mengikut konteks.

Tema 3
Kehidupan yang Berkualiti

Unit 7
Mencintai Kebersihan
1.4

2.2

3.5

4.2

5.1
Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Membaca  dan memahami perkataan, frasa  dan ayat  daripada pelbagai  sumber dengan sebutan  yang betul.

Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber.

Mengujarkan   bahasa  yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif  semasa bercerita secara didik hibur.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.4.3

2.2.3

3.5.2

4.2.2

5.1.6

Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan kata ganti nama diri laras bahasa istana dengan betul dalam sesuatu situasi secara bertatasusila.

Membaca dan memahami ayat dalam petikan daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Mencatat maklumat yang betul mengikut  kronologi pada
borang pengurusan grafik  daripada  pelbagai sumber.

Mengujarkan cerita yang mengandungi bandingan semacam dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta menyatakan nilai berdasarkan penceritaan yang dipersembahkan.

Memahami dan menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan betul mengikut konteks.

Tema 3
Kehidupan yang Berkualiti

Unit 8
Rehat yang Berkualiti
1.4

2.3

3.6

5.1
Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.4.1

2.3.1

3.6.1

5.1.3
Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber  dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang gramatis  dalam sesuatu situasi secara bertatasusila.

Membaca kuat pelbagai bahan yang  mengandungi
pelbagai jenis ayat yang mempunyai sebutan ”e” pepet
dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi  yang betul.

Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul
dengan menggunakan  penanda wacana dan  menegaskan
bahasa yang santun.

Memahami dan menggunakan kata  ganti  nama diri dan
kata ganti nama tunjuk dengan betul dalam pelbagai
konteks.

Tema 3
Kehidupan yang Berkualiti

Unit 9
Nilai Kesihatan
1.3

2.3

3.2

4.2

5.1
Mendengar, memahami dan memberi  respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan betul dan kemas.

Mengujarkan   bahasa  yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif  semasa bercerita secara didik hibur.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.3.1

2.3.2

3.2.6

4.2.2

5.1.7

Mendengar, memahami, dan memberikan respons secara
lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat
perintah dengan betul.

Membaca kuat pelbagai bahan  yang mengandungin
pelbagai jenis  ayat yang mempunyai sebutan ”e” taling
dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Menulis ayat dalam petikan secara mekanis dengan betul
dan kemas.

Mengujarkan cerita yang mengandungi bandingan semacam dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta menyatakan nilai berdasarkan penceritaan yang dipersembahkan.

Memahami dan menggunakan kata arah dan kata perintah dengan betul mengikut konteks.

Tema 4
Mematuhi Arahan dan Peraturan

Unit 10
Usah Leka
1.3

2.4

3.2

4.3

5.2
Mendengar, memahami dan memberi  respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Membaca dan memahami  maklumat  yang tersurat dan
tersirat daripada pelbagai  bahan untuk memberi respons dengan betul.

Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan betul dan kemas.

Mengujarkan bahasa yang indah dan  menggunakan bahasa badan dengan  kreatif  melalui lakonan secara didik hibur.

Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.
1.3.2

2.4.1

3.2.7

4.3.2

5.2.1
Mendengar, memahami  dan    memberikan respons yang
sesuai secara lisan terhadap soalan tanpa kata anya
dengan betul.

Membaca dan memahami maklumat   daripada bahan naratif untuk membuat ramalan yang wajar.

Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas.

Mengujarkan dialog yang mengandungi  bandingan semacam dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul, dan menyatakan nilai melalui lakonan.

Memahami dan menggunakan imbuhan apitan dan imbuhan pinjaman dengan betul mengikiut konteks.

Tema 4
Mematuhi Arahan dan Peraturan

Unit 11
Lihat dan Fikir
1.3

2.4

3.3

5.1
Mendengar, memahami dan memberi  respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Membaca dan memahami  maklumat  yang tersurat dan
tersirat daripada pelbagai  bahan untuk memberi respons dengan betul.

Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.3.3

2.4.2

3.3.3

5.1.1

Mendengar, memahami dan memberikan respons untuk menyampaikan pesanan mengikut urutan dengan menggunakan laras bahasa yang betul.

Membaca dan  memahami maklumat yang tersurat
daripada  pelbagai  bahan yang sesuai untuk menjanakan
idea dengan betul.

Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan
soalan yang bertumpu dan bercapah dengan betul.

Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup
institusi dengan betul mengikut konteks.

Tema 4
Mematuhi Arahan dan Peraturan

Unit 12
Kecuaian Membawa Padah
1.2

2.4

3.3

4.1

5.1
Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Membaca dan memahami  maklumat  yang tersurat dan
tersirat daripada pelbagai  bahan untuk memberi respons dengan betul.

Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.2.6

2.4.3

3.3.4

4.1.1

5.1.2
Mendengar, memahami, dan menyebut ayat yang pelbagai jenis dengan struktur yang betul dan tepat.

Membaca dan  memahami maklumat  yang tersurat dan
tersirat dengan tepat daripada pelbagai bahan yang sesuai
untuk membuat penilaian dengan betul.

Membina kerangka karangan berdasarkan bahan grafik
dengan betul.

Menyebut dan menyatakan amalan baik yang tersurat
daripada lirik lagu dalam nyanyian yang dipersembahkan.

Memahami dan menggunakan kata nama khas tak hidup dengan betul mengikut konteks.

Tema 5
Hormati Komuniti

Unit 13
Kecuaian Membawa Padah
1.4

2.2

3.6

4.3

5.2

Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Membaca  dan memahami perkataan, frasa  dan ayat  daripada pelbagai  sumber dengan sebutan  yang betul.

Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.

Mengujarkan bahasa yang indah dan  menggunakan bahasa badan dengan  kreatif  melalui lakonan secara didik hibur.

Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.
1.4.2

2.2.3

3.6.2

4.3.1

5.2.3

Berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kata panggilan hormat yang sesuai berdasarkan sesuatu situasi secara bertatasusila.

Membaca dan memahami ayat dalam petikan daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Menulis untuk menyampaikan maklumat yang jelas berbentuk surat dengan menegaskan bahasa yang santun.

Mengujarkan dialog yang mengandungi diksi yang betul serta melakukan aksi yang sesuai dalam lakonan.

Memahami dan menggunakan kata majmuk rangkai kata bebas dalam pelbagai situasi dengan betul.

Tema 5
Hormati Komuniti

Unit 14
Berganding Bahu
1.4

2.3

3.7

5.1
Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.4.3

2.3.1

3.7.2

5.1.4

Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan kata ganti nama diri laras bahasa istana dengan betul dalam sesuatu situasi secara bertatasusila.

Membaca  kuat  pelbagai bahan   yang  mengandungi
pelbagai jenis ayat yang mempunyai sebutan ”e” pepet
dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi  yang betul.

Menghasilkan penulisan kreatif jenis imaginatif berbentuk keperihalan, autobiografi dan dialog dengan betul.

Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dengan
betul mengikut konteks.

Tema 5
Hormati Komuniti

Unit 15
Bersatu Padu
1.2

2.3

3.2

4.4

5.3

Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan betul dan kemas.

Melafazkan  dan  memahami puisi   dengan intonasi yang betul menggunakan  bahasa yang  indah secara didik hibur.

Memahami dan membina ayat  yang betul dalam pelbagai situasi.
1.2.6

2.3.2

3.2.7

4.4.2

5.3.1

Mendengar, memahami, dan menyebut ayat yang pelbagai jenis dengan struktur yang betul dan tepat.

Membaca kuat pelbagai bahan  yang mengandungin
pelbagai jenis  ayat yang mempunyai sebutan ”e” taling
dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas.

Melafazkan dan memahami pantun empat kerat, serta menghasilkan sesuatu ciptaan kreatif berdasarkan pantun.

Memahami dan   membina ayat dengan peluasan  subjek dengan betul dalam pelbagai situasi dengan betul.

Tema 6
Menghargai Budaya

Unit 16
Budaya Kita
1.4

2.6

3.4

4.1

5.1
Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera  yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

Menulis imlak dengan tepat.

Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.4.2

2.6.2

3.4.1

4.1.2

5.1.7
Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan
kata panggilan dalam kalangan masyarakat berdasarkan
sesuatu situasi secara bertatasusila.

Membaca dan memahami pelbagai  bahan  bukan sastera  untuk mengenal pasti nilai yang baik.

Menulis perkataan yang mengandungi imbuhan apitan
dengan ejaan yang tepat secara imlak.

Menyatakan perasaan berdasarkan melodi dan lirik lagu dalam nyanyian yang dipersembahkan.

Memahami dan menggunakan kata arah dan kata perintah dengan betul mengikut konteks.

Tema 6
Menghargai Budaya

Unit 17
Seni Tulisan
1.3

2.4

3.4

4.3

Mendengar, memahami dan memberi  respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Membaca dan memahami  maklumat  yang tersurat dan
tersirat daripada pelbagai  bahan untuk memberi respons dengan betul.

Menulis imlak dengan tepat.

Mengujarkan bahasa yang indah dan  menggunakan bahasa badan dengan  kreatif  melalui lakonan secara didik hibur.
1.3.2

2.4.1

3.4.2

4.3.2
Mendengar, memahami  dan    memberikan respons yang
sesuai secara lisan terhadap soalan tanpa kata anya
dengan betul.

Membaca dan memahami maklumat daripada bahan naratif untuk membuat ramalan yang wajar.

Menulis ayat yang mengandungi imbuhan apitan dengan
ejaan dan tanda baca yang tepat secara imlak.

Mengujarkan dialog yang mengandungi  bandingan semacam dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul, dan menyatakan nilai melalui lakonan.

Tema 6
Menghargai Budaya

Unit 18
Cantiknya Objek Budaya
1.3

2.4

3.5

4.1

5.1

Mendengar, memahami dan memberi  respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Membaca dan memahami  maklumat  yang tersurat dan
tersirat daripada pelbagai  bahan untuk memberi respons dengan betul.

Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber.

Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.3.3

2.4.2

3.5.2

4.1.2

5.1.5
Mendengar, memahami dan memberikan respons untuk menyampaikan pesanan mengikut urutan dengan menggunakan laras bahasa yang betul.

Membaca dan  memahami maklumat yang tersurat
daripada  pelbagai  bahan yang sesuai untuk menjanakan
idea dengan betul.

Mencatat maklumat yang betul mengikut  kronologi pada
borang pengurusan grafik  daripada  pelbagai sumber.

Menyatakan perasaan berdasarkan melodi dan lirik lagu dalam nyanyian yang dipersembahkan.

Memahami dan menggunakan kata adjektif sifatan dan perasaan dengan betul mengikut konteks.

Tema 7
Nusa dan Bangsa

Unit 19
Di Mana Bumi Kupijak, di Situ Langit Kujunjung
1.4

2.6

3.7

4.1

Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera  yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.

Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
1.4.1

2.6.1

3.7.2

4.1.1
Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber  dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang gramatis  dalam sesuatu situasi secara bertatasusila.

Membaca sesuatu bahan berunsur sastera yang sesuai untuk meneroka ilmu.

Menghasilkan penulisan kreatif jenis imaginatif berbentuk keperihalan, autobiografi dan dialog dengan betul.

Menyebut dan menyatakan amalan baik yang tersurat
daripada lirik lagu dalam nyanyian yang dipersembahkan.

Tema 7
Nusa dan Bangsa

Unit 20
Demi Negara
1.3

3.5

2.5

5.1
Mendengar, memahami dan memberi  respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber.

Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.3.1

3.5.2

2.5.1

5.1.6
Mendengar, memahami, dan memberikan respons secara
lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat
perintah dengan betul.

Mencatat maklumat yang betul mengikut  kronologi pada
borang pengurusan grafik  daripada  pelbagai sumber.

Membaca  memahami dan menyusun  maklumat yang
tersurat dan tersirat daripada bahan prosa dan
memindahkan maklumat dalam bentuk grafik dengan
betul.

Memahami dan menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan betul mengikut konteks.

Tema 7
Nusa dan Bangsa

Unit 21
Jasa
1.4

2.5

3.6

5.2

Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.

Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.

Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.
1.4.3

2.5.2

3.6.1

5.2.1
Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan kata ganti nama diri laras bahasa istana dengan betul dalam sesuatu situasi secara bertatasusila.

Membaca, memahami dan menaakul maklumat  yang
tersurat dan tersirat daripada bahan grafik dan memindahkan maklumat dalam bentuk prosa dengan betul.

Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul
dengan menggunakan  penanda wacana dan  menegaskan
bahasa yang santun.

Memahami dan menggunakan imbuhan apitan dan imbuhan pinjaman dengan betul mengikut konteks.

Tema 8
Berdaya Maju

Unit 22
Keperluan Sains
1.4

2.5

3.6

5.3
Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.

Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.

Memahami dan membina ayat  yang betul dalam pelbagai situasi.
1.4.4

2.5.3

3.6.2

5.3.2
Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dengan
betul menggunakan kata, ayat  dan bahasa badan  yang
sesuai secara  bertatasusila.

Membaca, memahami dan menaakul bahan prosa untuk memindahkan maklumat dalam bentuk grafik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Menulis untuk menyampaikan maklumat yang jelas berbentuk surat dengan menegaskan bahasa yang santun.

Memahami dan membina ayat perintah dan ayat seruan menggunakan tanda baca yang betul dalam pelbagai situasi dengan betul.

Tema 8
Berdaya Maju

Unit 23
Teknologi dalam Kehidupan
1.5

2.6

3.7

4.2

Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat  menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera  yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.

Mengujarkan   bahasa  yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif  semasa bercerita secara didik hibur.
1.5.1

2.6.1

3.7.1

4.2.2
Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan diksi dan ayat yang  sesuai.

Membaca sesuatu bahan berunsur sastera yang sesuai untuk meneroka ilmu.

Menghasilkan rangka penulisan kreatif dengan betul.

Mengujarkan cerita yang mengandungi bandingan semacam dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta menyatakan nilai berdasarkan penceritaan yang dipersembahkan.

Tema 8
Berdaya Maju

Unit 24
Minda Kreatif
1.5

2.5

3.6

5.1

Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula
dengan tepat  menggunakan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.

Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.

Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.5.2

2.5.1

3.6.1

5.1.1
Menceritakan sesuatu perkara yang dilihat dan yang ditonton dengan tepat , sebutan yang jelas dan intonasi   yang betul menggunakan diksi dan ayat  yang  sesuai.

Membaca  memahami dan menyusun  maklumat yang
tersurat dan tersirat daripada bahan prosa dan
memindahkan maklumat dalam bentuk grafik dengan
betul.
Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul
dengan menggunakan  penanda wacana dan  menegaskan
bahasa yang santun.

Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup
institusi dengan betul mengikut konteks.

Tema 9
Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Unit 25
Kelestarian Alam
1.6

2.6

3.8

4.2

5.1
Berbicara untuk  menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.

Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera  yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

Mengedit dan memurnikan hasil penulisan dengan betul.

Mengujarkan   bahasa  yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif  semasa bercerita secara didik hibur.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.6.1

2.6.2

3.8.2

4.2.1

5.1.2

Berbicara untuk mendapatkan  maklumat  yang  tersirat  dengan tepat tentang sesuatu perkara  daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

Membaca dan memahami pelbagai  bahan  bukan sastera untuk mengenal pasti nilai yang baik.

Mengedit dan memurnikan sesuatu hasil penulisan berbentuk naratif daripada  aspek ejaan, imbuhan, tanda baca dan penanda wacana dengan betul.

Mengujarkan cerita yang mengandungi bandingan
semacam dengan menggunakan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul, serta bahasa badan yang sesuai
melalui penceritaan yang dipersembahkan.

Memahami dan menggunakan kata nama khas tak hidup dengan betul mengikut konteks.

Tema 9
Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Unit 26
Rimba di Kota
1.6

2.5

3.9

4.4

Berbicara untuk  menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.

Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.

Menulis ulasan tentang pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang  didengar, ditonton atau dibaca dengan betul.

Melafazkan  dan  memahami puisi   dengan intonasi yang betul menggunakan  bahasa yang  indah secara didik hibur.
1.6.2

2.5.2

3.9.1

4.4.1
Berbicara untuk menyampaikan maklumat yang tersirat tentang sesuatu perkara daripada  sesuatu sumber berbentuk ucapan dengan tepat secara bertatasusila.

Membaca, memahami dan menaakul maklumat  yang
tersurat dan tersirat daripada bahan grafik dan memindahkan maklumat dalam bentuk prosa dengan betul.

Menulis ulasan berbentuk pandangan secara berpandu tentang bahan sastera dan bukan sastera  yang didengar, ditonton dan dibaca menggunakan bahasa yang gramatis.

Melafazkan pantun empat kerat yang mengandungi keindahan perkataan dalam pembayang pantun dengan intonasi yang betul.

Tema 9
Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Unit 27
Mengurus Sisa Pepejal
2.5

1.7

3.7

4.1

5.1
Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.

Berbincang  dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.

Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
2.5.3

1.7.2

3.7.2

4.1.1

5.1.4

Membaca, memahami dan menaakul bahan prosa untuk memindahkan maklumat dalam bentuk grafik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara berdasarkan bahan grafik  dengan menggunakan ayat  yang gramatis secara bertatasusila.

Menghasilkan penulisan kreatif jenis imaginatif berbentuk keperihalan, autobiografi dan dialog dengan betul.

Menyebut dan menyatakan amalan baik yang tersurat
daripada lirik lagu dalam nyanyian yang dipersembahkan.

Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dengan
betul mengikut konteks.

Tema 10
Pertanian  dan Penternakan

Unit 28
Kembara Tani
1.5

2.5

3.3

5.1

Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula
dengan tepat  menggunakan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.

Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.

Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.5.1

2.5.1

3.3.3

5.1.5
Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan diksi dan ayat yang  sesuai.

Membaca  memahami dan menyusun  maklumat yang
tersurat dan tersirat daripada bahan prosa dan
memindahkan maklumat dalam bentuk grafik dengan
betul.

Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan yang bertumpu dan bercapah dengan betul.

Memahami dan menggunakan kata adjektif sifatan dan perasaan dengan betul mengikut konteks.

Tema 10
Pertanian  dan Penternakan

Unit 29
Berkebun di Rumah
1.4

2.4

3.7

4.4

5.2
Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Membaca dan memahami  maklumat  yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai  bahan untuk memberi respons dengan betul.

Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.

Melafazkan  dan  memahami puisi   dengan intonasi yang betul menggunakan  bahasa yang  indah secara didik hibur.

Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.
1.4.4

2.4.3

3.7.1

4.4.2

5.2.2
Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dengan
betul menggunakan kata, ayat  dan bahasa badan  yang
sesuai secara  bertatasusila.

Membaca dan  memahami maklumat  yang tersurat dan
tersirat dengan tepat daripada pelbagai bahan yang sesuai
untuk membuat penilaian dengan betul.

Menghasilkan rangka penulisan kreatif dengan betul.

Melafazkan dan memahami pantun empat kerat, serta menghasilkan sesuatu ciptaan kreatif berdasarkan pantun.

Memahami dan menggunakan kat ganda separa dan kata ganda berentak berdasarkan situasi.

Tema 10
Pertanian  dan Penternakan

Unit 30
Penternak Muda
3.3

1.5

2.5

4.3

5.3
Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula
dengan tepat  menggunakan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.

Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.

Mengujarkan bahasa yang indah dan  menggunakan bahasa badan dengan  kreatif  melalui lakonan secara didik hibur.

Memahami dan membina ayat  yang betul dalam pelbagai situasi.
3.3.4

1.5.2

2.5.2

4.3.1

5.3.1

Membina kerangka karangan berdasarkan bahan grafik dengan betul.
Menceritakan sesuatu perkara yang dilihat dan yang ditonton dengan tepat , sebutan yang jelas dan intonasi   yang betul menggunakan diksi dan ayat  yang  sesuai.

Membaca, memahami dan menaakul maklumat  yang
tersurat dan tersirat daripada bahan grafik dan memindahkan maklumat dalam bentuk prosa dengan betul.

Mengujarkan dialog yang mengandungi diksi yang betul serta melakukan aksi yang sesuai dalam lakonan.

Memahami dan   membina ayat dengan peluasan  subjek dengan betul dalam pelbagai situasi dengan betul.

Tema 11
Berdikari

Unit 31
Kedai Koperasi Taman Sepadu
1.6

2.5

3.4

4.4

5.2
Berbicara untuk  menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.

Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.

Menulis imlak dengan tepat.

Melafazkan  dan  memahami puisi   dengan intonasi yang betul menggunakan  bahasa yang  indah secara didik hibur.

Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.
1.6.1

2.5.3

3.4.1

4.4.1

5.2.2

Berbicara untuk mendapatkan  maklumat  yang  tersirat  dengan tepat tentang sesuatu perkara  daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

Membaca, memahami dan menaakul bahan prosa untuk memindahkan maklumat dalam bentuk grafik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Menulis perkataan yang mengandungi imbuhan apitan
dengan ejaan yang tepat secara imlak.

Melafazkan pantun empat kerat yang mengandungi keindahan perkataan dalam pembayang pantun dengan intonasi yang betul.

Memahami dan   menggunakan kata ganda berentak
berdasarkan situasi dengan betul.

Tema 11
Berdikari

Unit 32
Hargai Usaha
1.6

2.6

3.8

5.1
Berbicara untuk  menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.

Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera  yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

Mengedit dan memurnikan hasil penulisan dengan betul.

Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
1.6.2

2.6.2

3.8.2

5.1.7

Berbicara untuk menyampaikan maklumat yang tersirat tentang sesuatu perkara daripada  sesuatu sumber berbentuk ucapan dengan tepat secara bertatasusila.

Membaca dan memahami pelbagai  bahan  bukan sastera untuk mengenal pasti nilai yang baik.

Mengedit dan memurnikan sesuatu hasil penulisan berbentuk naratif daripada  aspek ejaan, imbuhan, tanda baca dan penanda wacana dengan betul.

Memahami dan menggunakan kata arah dan kata perintah dengan betul mengikut konteks.

Tema 11
Berdikari

Unit 33
Budaya Menyimpan
1.7

2.6

3.9

5.3

Berbincang  dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara  daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera  yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

Menulis ulasan tentang pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang  didengar, ditonton atau dibaca dengan betul.

Memahami dan membina ayat  yang betul dalam pelbagai situasi.
1.7.2

2.6.1

3.9.1

5.3.2

Berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara berdasarkan bahan grafik  dengan menggunakan ayat  yang gramatis secara bertatasusila.

Membaca sesuatu bahan berunsur sastera yang sesuai untuk meneroka ilmu.

Menulis ulasan berbentuk pandangan secara berpandu tentang bahan sastera dan bukan sastera  yang didengar, ditonton dan dibaca menggunakan bahasa yang gramatis.

Memahami dan membina ayat perintah dan ayat seruan menggunakan tanda baca  yang betul dalam pelbagai situasi dengan betul.

Mesyuarat Panitia PJPK kali ketiga 2026

   1) Pengurusan dan Keselamatan individu dan Peralatan:  2)Kecergasan Fizikal (SEGAK)  3)BMI 5-9T